LYON – Bekas pemain Manchester United, Memphis Depay menjaringkan gol pertama bersama kelab baharunya, Lyon ketika menentang Nancy di pagi tadi.

Dalam aksi di Parc Olympique Lyonnais, pemain kelahiran Belanda itu dimasukkan sebagai pemain gantian selepas lima minit babak kedua bermula bagi menggantikan Mathieu Valbuena yang tercedera.

Ia merupakan aksi keempatnya bersama Lyon sejak tiba dari Old Trafford.

Memphis dikritik hebat berikutan menampilkan aksi hambar ketika tewas kepada Saint-Etienne minggu lalu.

Bulan lalu, United telah melepaskan Memphis ke Lyon dengan nilai perpindahan dipercayai mencecah ‎£22 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast