WASHINGTON – Pesawat P-3 milik tentera laut Amerika Syarikat dan pesawat tentera China terbang rapat antara satu sama lain di Laut China Selatan dalam satu insiden yang dipercayai berlaku dengan tidak sengaja.
Seorang pegawai tentera Amerika Syarikat berkata, pesawat itu datang dari ketinggian 1000 kaki (305 meter) antara satu sama lain pada hari Rabu di sekitar Scarborough Shoal, antara Filipina dan China.
Katanya, kejadian seumpama itu melibatkan pesawat China dan Amerika jarang berlaku – dua kali pada tahun lalu.
Ketika kejadian pesawat Amerika Syarikat “dalam misi rutin beroperasi mengikut undang-undang antarabangsa,” kata US Pacific Command kepada Reuters dalam satu kenyataan.
“Pada 8 Februari, berlaku interaksi yang disifatkan sebagai ‘tidak selamat’ berlaku di ruang udara antarabangsa di atas Laut China Selatan, antara pesawat China KJ-200 dan pesawat AS Tentera Laut P-3C,” katanya.
KJ-200 adalah pesawat amaran awal bawaan udara dan kawalan pesawat berdasarkan rekaan lama An-12 Soviet.
Katanya, perkara itu akan ditangani secara diplomatik dan mengikut rangkaian ketenteraan.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan China berkata, juruterbang pesawat tentera negara itu bertindak dengan profesional dan mengikut undang-undang. – MalaysiaGazette