Ratusan Ribu rakyat Iran berhimpun majlis Ulang Tahun sambutan Revolusi Islam 1979 dan membantah polisi Donald Trump yang menyekat rakyat negara itu memasuki AS. REUTERS

TEHRAN – Ratusan ribu rakyat di Iran semalam berarak beramai-ramai mendesak pemimpin negara itu menolak amaran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyekat kemasukan rakyat dari tujuh negara Islam.

Iran antara negara yang tergolong dalam sekatan yang dilaksanakan Trump menerusi kuasa perintah eksekutifnya baru-baru ini.

Bersempena ulang tahun revolusi Islam Iran tahun 1979 yang menjatuhkan rejim Shah Mohammmad Reza Pahlavi, ratusan ribu warga Iran berarak membantah Trump.

Mereka berarak menuju ke Dataran Tehran Azadi untuk acara utama.

Mereka mendukung banting dan poster yang tertera Death To America dengan diiringi lagu revolusi tradisional Iran.

Stesen televisyen negara itu menunjukkan orang ramai memijak poster Trump di jalan-jalan raya di Tehran.

Mereka juga mendukung bendera Iran dan kain pemidang sambil bersorak, ‘Terima kasih Trump kerana menunjukkan belang sebenar Amerika’.

“Amerika dan Trump tidak boleh melakukan perbuatan keji, kami sedia mengorbankan nyawa demi pemimpin negara kami,'” seorang pemuda memberitahu dalam interbiu di stesen televisyen.

Beberapa pemimpin agam dan politik terkemuka Iran termasuk presidennya, Hassan Rouhani menggesa warga Iran untuk menyertai perhimpunan besar-besaran pada Jumaat dan menunjukkan sokongan kepada pemimpin dan negara Islam itu.

Tehran dan Washington memtuskan hubungan diplomatiknya selepas revolusi itu yang mana para pelajar menggempur kedutaan AS di Tehran dan menjadikan 52 orang warga Amerika sebagai tebusan untuk 444 hari.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast