CALIFORNIA – Sekurang-kurangnya 130,000 orang di utara California diminta meninggalkan kediaman masing-masing selepas paras empangan tertinggi di Amerika Syarikat meningkat akibat hujan lebat.
Empangan Oroville setinggi 770 kaki (230 meter) dikhuatiri melimpah pada bila-bila masa.
Arahan kepada penduduk di kawasan sekitar telah dikuatkuasakan serta-merta.
Paras air di dalam takungan itu telah meningkat dengan ketera berikutan hujan lebat dan salji selepas mengalami tahun kemarau yang teruk.
Ia adalah kali pertama Tasik Oroville diisytiharkan dalam keadaan kecemasan dalam tempoh hampir 50 tahun.
Jabatan Sumber Air California berkata, pihaknya telah melepaskan sebanyak 100,000 kaki persegi air setiap saat untuk mengurangkan bekalan air.
Manakala penduduk di penempatan Oroville, bandar yang menempatkan 16,000 orang kira-kira 105 kilometer dari utara Sacramento telah dimaklumkan supaya berada di luar kawasan tersebut sehingga notis lain dikeluarkan. – MalaysiaGazette