Home Dunia Pulang ke China selepas 50 tahun ‘ditahan’ di India

Pulang ke China selepas 50 tahun ‘ditahan’ di India

Wang Qi ketika dalam pesawat untuk pulang ke China. Foto Agensi

BEIJING – Selepas 50 tahun ‘terperangkap’ di India, akhirnya bekas tentera China, Wang Qi kembali ke pangkuan keluarganya.

Wang Qi, seorang juru ukur tentera secara tidak sengaja merentasi India pada tahun 1963, tidak berjaya mendapatkan dokumen untuk meninggalkan negara tersebut.

Selepas kisahnya disiarkan media, Wang dikunjungi diplomat China, yang kemudian berusaha membawa beliau balik ke negara asalnya.

Beliau berlepas dari Delhi Jumaat malam diiringi oleh anak lelakinya. Sebelum itu, Wang Qi dibawa ke pusat beli-belah di Delhi sebelum berlepas.

Wang Qi dan keluarganya. Foto Agensi
Wang Qi dan keluarganya. Foto Agensi

Wang diberi dokumen bagi pelepasan keluar India oleh Delhi manakala keluarganya diberikan pasport supaya isteri dan anak-anaknya boleh mengikutnya.

Bagaimanapun, isterinya, seorang warga India, tidak mengikutnya pulang.

Di lapangan terbang Beijing, beliau disambut oleh ahli keluarganya untuk dibawa pulang ke kampung halamannya di Xianyang.

Setakat ini tidak pasti jika Wang merancang untuk pulang semua ke India kerana dia tidak memiliki kewarganegaraan dan diberi pasport China pada tahun 2013.

Ditanya bagaimana boleh tiba di India, Wang berkata, dia telah ditugaskan untuk membina jalan-jalan bagi tentera China dan ditangkap apabila tersesat ke wilayah India pada Januari 1963.

Wang Qi ketika menjadi tentera pada tahun 1963.
Wang Qi ketika menjadi tentera pada tahun 1963.

“Saya telah keluar dari kem untuk berjalan-jalan tetapi tersesat. Saya letih dan lapar. Saya melihat kenderaan Palang Merah dan meminta mereka untuk membantu saya.

“Tetapi mereka menyerahkan saya kepada tentera India,” katanya.

Beliau menghabiskan masa tujuh tahun dalam beberapa penjara sehingga mahkamah memerintahkan pembebasan beliau pada tahun 1969.

Polis membawanya ke Tirodi, sebuah kampung yang jauh di Madhya Pradesh. Dia tidak dibenarkan untuk meninggalkan negara ini sejak itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast