Muka depan majalah Playboy isu Mac-April 2017.

SAN FRANCISCO – Wanita bogel kembali dalam majalah Playboy – mengakhiri pengharaman setahun yang dikenakan ke atas majalah popular itu.

Bagi meraikan penerbitan semula, majalah Playboy hashtag #NakedIsNormal di Twitter dan Facebook

Majalah itu diterbitkan pada hari Isnin untuk isu Mac-April.

Sebelum ini, majalah berusia 63 tahun itu ‘menolak’ aksi wanita bogel dari edisi cetak kerana ia merasakan kandungan itu sudah ketinggalan zaman kerana aksi-aksi itu boleh didapati dengan mudah di komputer peribadi dan telefon pintar.

Keputusan untuk mengurangkan gambar-gambar lucah diputuskan di bawah rejim Playboy Enterprises yang diketuai oleh ketua pegawai kksekutifnya, Scott Flanders, yang kemudian meninggalkan syarikat yang berpangkalan di Los Angeles pada Mei lepas untuk menyertai eHealth Inc, bursa insurans kesihatan.

Cooper Hefner, ketua pegawai kreatif Playboy dan anak lelaki pengasas majalah Hugh Hefner, menyifatkan gambar bogel yang diharamkan adalah satu kesilapan, katanya menerusi akaun Twitternya.

“Kebogelan tidak pernah ada masalah kerana bogel bukan satu masalah.

“Dan hari ini kami mengambil semula identiti kami dan menuntut milik kami,” kata Cooper Hefner.

Playboy enggan mengulas lanjut kenyataan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast