Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA –  Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengambil sikap berkecuali berhubung pemilihan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pemilihan itu bakal berlangsung pada 25 Mac ini.

Katanya, sebagai seorang menteri, beliau tidak akan memihak kepada mana-mana individu yang bertanding – sama ada Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.

“Saya tidak boleh memihak kepada mana-mana calon,” katanya yang memberitahu mendapat pengesahan pencalonan TMJ daripada Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Penajaan antara Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA KL 2017 dan Ajinomoto di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini.

Pencalonan bagi jawatan Presiden FAM ditutup semalam, menyaksikan persaingan sengit antara TMJ dan Annuar selepas Pengerusi Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat menarik diri.

Khairy juga menepati kenyataannya sebelum ini yang akan menarik diri jika TMJ menyerahkan pencalonan.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, baik TMJ mahu pun Annuar memiliki kelebihan masing-masing dan menyerahkan kepada ahli-ahli gabungan untuk membuat keputusan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast