Basuki Tjahaja Purnama

JAKARTA – Penyandang Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok mendapat saingan sengit dengan Anies Baswedan dalam pilihan raya gabenor di ibu negara Indonesia.

Bekas Menteri Pelajaran, Baswedan memperoleh 40.54 peratus undi mendahului Purnama di tempat kedua dengan 39.43 peratus, menurut firma pengundi swasta, SMRC sebentar tadi.

Calon lain, Agus Yudhoyono berada di tempat ketiga dengan 20.03 peratus.

Jika tiada calon mendapat lebih daripada 50 peratus undi, pemilihan akan dibuat berdasarkan calon yang paling mendapat undian terbanyak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast