SEOUL- Dua wanita Korea yang disyaki terlibat dalam pembunuhan lelaki yang didakwa abang tiri pemimpin Korea Utara di Kuala Lumpur kini mungkin sudah membunuh diri.
Menurut laporan Kyodo News, pegawai tinggi kerajaan Jepun dipetik berkata, langkah itu memang menjadi amalan perisik Korea.
Rakaman kamera litar tertutup CCTV turut menunjukkan salah seorang daripada dua wanita terbabit di di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) yang menjadi tular sejak kematian Kim Jong Nam.
Gambar suspek berambut panjang sehingga bahu dan memakai skirt dengan baju berwarna cerah dengan perkataan ‘LOL’ di bahagian depan dan membawa satu beg tangan.
Sebelum ini, amalan oleh ejen khas Korea Utara membunuh diri selepas menamatkan misi mereka sudah berlaku.
Salah satunya, Kim Hyun-hee, pengebom pesawat Korea Selatan pada 1987 yang mengikut arahan rejim Korea Utara cuba membunuh diri tetapi gagal.-MalaysiaGazette