Kim Jong-nam

PYONGYANG – Korea Utara meminta Malaysia menyerahkan mayat seorang lelaki yang dipercayai abang tiri kepada Kim Jong-un.

Kim Jong Nam yang dipercayai telah diracun semasa sedang menunggu penerbangannya dari klia2 pada pagi Isnin.

Pihak berkuasa Malaysia mahu melakukan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian Jong Nam tetapi Pyongyang dilaporkan menolak.

Polis telah menahan seorang wanita tetapi sedang mencari beberapa saspek lain.

Menurut beberapa laporan, Korea Utara telah menghantar sejumlah wakil ke hospital, tempat bedah siasat dijalankan untuk meminta mayat tersebut dipulangkan.

Malaysia secara rasmi belum mengesahkan kematian Jong Nam, yang mengembara menggunakan nama Kim Chol. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast