Rolo, anjing milik David Ellam. Foto BBC

ENGLAND – Seorang lelaki, Aaron Joseph, didakwa selepas anjingnya menyerang jiran hingga menyebab kematian.

Mangsa, David Ellam, 52, mengalami kecederaan di kediamannya di Riddings Road, Sheepridge, Huddersfield, pada 15 Ogos tahun lalu dan kemudian meninggal dunia di hospital.

Joseph, 29, didakwa kerana memiliki anjing tanpa dikawal sehingga mengakibatkan kematian.

Sebelum kejadian, anjing yang dipercayai dari baka pit bull baru sahaja dikembalikan kepada pemiliknya selepas ia disita.

Ketika kejadian itu, anjing milik Joseph beranggapan Ellam sedang melindungi anjingnya yang lebih kecil, lalu menyerang mangsa.

Manakala anjing milik mangsa yang bernama Rolo juga diberikan rawatan kecemasan veterinar.

Anjing milik Joseph itu dimusnahkan pada akhir tahun lalu selepas veterinar mendapati haiwan itu mengalami penyakit, kata polis West Yorkshire. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast