Kenderaan forensik polis keluar dari Institut Perubatan Forensik Negara.foto FAREEZ FADZIL, 16 FEBRUARI 2017.

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lagi suspek yang terlibat dalam pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada Isnin lalu.

Menurut kenyataan Polis DiRaja Malaysia, berdarakan i-kad miliknya, warga Korea Utara itu dikenali Ri Jong Chol, 46.

Beliau ditahan pada pukul 9.50 malam semalam di Selangor.

“Dia disyaki terlibat dalam kes kematian seorang lelaki warga Korea Utara pada 13 Februari 2017,” kata kenyataan itu.

Jong Chol merupakan suspek keempat yang ditahan polis berhubung kematian Jong Nam.

Sebelum ini, polis telah menahan warga Vietnam, Doan Thi Huong, Siti Aisyah (Indonesia) dan teman lelakinya, Muhammad Farid Bin Jalaluddin. – MalaysiaGazette.