S. Subramaniam diiringi Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Kanser UPM, Prof. Datin Dr. Rozi Mahmud (tiga kiri) melawat gerai pameran Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Kanser UPM pada majlis pelancaran portal 'Cancerfly' di Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 20 FEBRUARI 2017.

KUALA LUMPUR – Segala urusan penghantaran pulang mayat abang tiri Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam akan ditentukan polis menerusi prosedur standard operasi pihak berkuasa keselamatan itu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, dalam urusan tuntutan mayat, pihaknya bertindak atas arahan polis sahaja.

“Ia adalah keputusan polis untuk memberi lebih masa untuk menyimpan mayat supaya boleh dituntut keluarga mangsa.

“Kita akan bekerjasama dengan polis dan bertindak atas arahan mereka kerana pada kemudian hari, polis yang akan mengumumkan dan menjawab segala soalan berbangkit dalam isu ini,” katanya selepas melancarkan portal peluang kerjaya untk bekas pesakit kanser, ‘Cancerfly’, di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa polis akan memberi masa selama dua minggu kepada waris dan keluarga mangsa untuk menuntut mayat.

Sementara itu, Subramaniam memuji inisiatif yang diperkenalkan oleh Dr. Sri Ganesh di Hospital Kuala Lumpur membantu pesakit kanser yang sembuh dengan memberi peluang kerjaya di negara ini.

“Selepas mereka pulih sepenuhnya dari kanser mereka menghadapi cabaran komponen ekonomi yang besar daripada kalangan rakyat untuk memulakan kerjaya hidup semula.

“Untuk ini saya menyeru semua majikan memberi kerjasama dalam perkara ini supaya bekas pesakit Kanser diterima di alam pekerjaan untuk memulakan semula kehidupan mereka,” katanya.

Portal itu berperanan mengiklankan segala produk jualan bekas pesakit kanser selain mendaftarkan mendaftarkan mereka memohon kerjaya baharu yang dikenalpasti di negara ini.

Dalam pada itu, Sri Ganesh berkata, setakat ini Prudential, Bank Simpanan Nasional dan McDonalds bersedia menjalin kerjasama bagi membantu bekas pesakit kanser.

“Saya juga mempunyai rancangan untuk memulakan yayasan untuk membantu rehabilitasi, kaunseling dan bimbingan untuk bekas pesakit kanser supaya mereka bersedia untuk melangkah semula ke dunia kerjaya,” katanya.

HKL menerima lebih 3,000 pesakit kanser setahun dengan kos rawatan RM9,000 seorang setiap bulan dan kini terdapat 150,000 bekas pesakit kanser di negara. – MalaysiaGazette