SANDAKAN – Seorang pekerja sambilan di Taman Buaya Batu 8 putus kaki kanan manakala tangan kanannya hancur akibat dibaham buaya di taman itu di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Hamin berkata, dalam kejadian pada 1.45 tengah hari itu, mangsa seorang lelaki berusia 35 tahun dikatakan sedang memberi makan kepada haiwan itu di kolam pertunjukan di taman berkenaan.

Katanya, selepas memberi makan, mangsa dipercayai menggosok hidung buaya berkenaan menyebabkan reptilia itu berang lalu membaham mangsa.

Katanya, buaya terbabit hanya melepaskan mangsa selepas pekerja lain yang berada di tempat kejadian bertindak menghalau buaya itu.

Akibat kejadian itu, katanya kaki kanan mangsa hingga paras lutut putus manakala tangan kanannya hingga ke siku hancur dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Duchess of Kent di sini.

Azhar berkata siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang pekerja sambilan selama enam bulan dan dijangka akan tamat kontrak pada bulan depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast