Jordan Horowitz, producer of "La La Land," shows the envelope revealing "Moonlight" as the true winner of best picture at the Oscars on Sunday, Feb. 26, 2017, at the Dolby Theatre in Los Angeles. Presenter Warren Beatty and host Jimmy Kimmel look on from right. (Photo by Chris Pizzello/Invision/AP)

LOS ANGELES – Firma audit terkemuka, PricewaterhouseCooper (PwC) memohon maaf berikutan insiden memalukan yang berlaku di Anugerah Oscar yang berlangsung di sini kelmarin.

Insiden kesilapan pengumuman kategori Best Picture kini menjadi viral dan bualan seluruh dunia dunia.

Firma audit rasmi anugerah berprestij itu tampil memohon maaf kepada seluruh pihak yang terlibat atas insiden kesilapan pengumuman kategori Best Picture.

“Kami meminta maaf kepada Moonlight, La La Land, Warren Beatty, Faye Dunaway, dan penonton Oscar atas kesilapan yang berlaku saat pengumuman untuk Best Picture,” kata PWC di Twitter.

PwC sudah mengendalikan audit anugerah Academy selama 83 tahun.

“Para penyampai diberikan kategori sampul yang salah namun telah segera diperbetulkan.

“Kami sedang menyiasat bagaimana perkara ini boleh terjadi dan kami sangat kesal denagn apa yang berlaku. Kami berterima kasih kepada para calon, Academy, ABC, dan Jimmy Kimmel yang telah menangani situasi ini.”

Terdahulu, momen Beatty dan Dunaway mengumumkan kemenangan ‘La La Land’ terpaksa diperbetulkan gara-gara sampul yang tertukar dengan pemenang sebenarnya iaitu ‘Moonlight’.

Padahal ketika itu seluruh kru dan pelakon filem karya Damien Chazhelle itu telah naik ke pentas dan memberikan ucapan.

“Saya membuka sampul itu dan tertulis, ‘Emma Stone, La La Land.’ Sebab itu saya melihat nama itu dengan lama ke menoleh ke Faye kemudian kepada anda semua. Saya tidak berniat untuk membuat jenaka,” jelas Beatty sejurus selepas pengumuman kemenangan ‘Moonlight’. – MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast