UNITED KINGDOM – Pemandu yang lulus memandu dalam dua tahun akan kehilangan lesen jika tertangkap memandu sambil menggunakan telefon bimbit.

Ia adalah peraturan baharu di England, Scotland dan Wales.

Bayaran penalti dikenakan dua kali ganda mulai 1 Mac kepada enam mata dan denda 200 pound.

Pemandu baharu yang mendapat enam mata atau lebih dikehendaki mengambil semula latihan praktikal dan teori.

Manakala lesen pemandu berpengalaman boleh digantung jika mendapat 12 mata dalam tempoh tiga tahun.

Hukuman yang lebih keras itu seiring dengan kempen pengiklanan yang dijalankan.

Pada tahun lalu, sejumlah 22 orang maut dan 99 lagi cedera parah dalam kemalangan jalan raya yang berpunca daripada penggunaan telefon semasa memandu. – MalaysiaGazette