KUALA LUMPUR – Vokalis Wings, Datuk Awie melangkah setapak lagi dalam karier seninya apabila menjadi pengarah persembahan pentas dengan menghasilkan Konsert Wings And Superfriend – Belenggu Irama.

Konsert tersebut akan menggegarkan Istana Budaya (IB) pada 6 hingga 9 April ini selama dua jam yang merupakan sebuah konsert berkonsep memperjuangkan nasib para insan seni tanahair.

Gandingan artis-artis hebat dalam satu pentas  ini bakal dipenuhi dengan soroton adegan dari rintihan lagu bagi menjelajahi jiwa dan rasa penonton terhadap keluhan hati nasib artis yang di perjuangkan.

Objektif konsert anjuran Awie Entertainment Sdn, Bhd. itu bagi mendidik masyarakat untuk menghibur sambil menderma selain mengumpulkan persatuan–persatuan di Malaysia untuk membentangkan permasalahan dalam persada seni terutamanya dari segi kebajikan anak–anak seni yang tidak pernah berubah.

“Saya berharap gabungan dengan persatuan-persatuan seperti Karyawan, Seniman, Yayasan Artis 1Malaysia, MACP dan RIM dapat memperbaiki taraf anak–anak seni tanah air.  

“Nasib para artis Malaysia tidak seharusnya malang seperti yang telah berlaku selama ini kerana para artis adalah golongan yang amat berpengaruh.  

“Pengaruh dan nama besar mereka hanya ketika popular dan sekiranya tidak ada langkah yang betul di ambil maka ianya tidak akan menjanjikan masa depan yang baik dari segi kewangan,” katanya pada sidang media Konsert Wings And Superfriend – Belenggu Irama di IB, semalam.

image7

Ikon konsert itu adalah pemain drum ternama kumpulan Search, Yazid.

Jelas Awie, tiada seorang peminat muzik tanahair yang tidak kenal Yazid.

Namun katanya selepas dia mengidap penyakit buah pinggang, mata pencariannya terhad.  

“Ahli Wings seperti Eddie dan Black mengambil inisiatif untuk membantu Yazid dan kami tidak mahu anak–anak seni di negara ini hidup dalam kesempitan di zaman kejatuhan,” katanya.

Sementara itu,  selain Wings, Konsert Wings And Superfriend – Belenggu Irama itu akan turut diserikan dengan penampilan artis-artis ternama iaitu Datuk M.Nasir, Datuk Ramli Sarip, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Hattan, Datuk Nash, Ito, Syamel AF, Maya Karin, Liza Hanim, Haiza, Sahara Yaacob, Billa AF, Kudeen 3 Juara, Uchop Bukan Sekadar Rupa dan Aniq Ceria Pop Star.

Para pemuzik yang turut terlibat adalah Edrie Hashim, Kudin Headwind, Yan Lefthanded, Sham Guitarist, Lola, Rodi Kristal, Hamzah Pecussion, Pae, Fly dan Adi.

Harga tiket bemula daripada RM80, RM150, RM200, RM250, RM300 dan RM350 boleh di beli melalui online di Website Redtix, www.airasiaredtix.com atau pun di Kaunter Pembelian Tiket di Istana Budaya mulai hari ini.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Awie Entertainment di talian 019 2932436 (Ejat) atau 019 2975260 (Sam) atau lawati Facebook Sayap-Sayap Wings atau www.sayap2wings.com. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast