Gambar kiri menujukkan suspek keluar dari lokap jam 10pagi dan jam 11.50pagi suspek tahanan reman warga Korea Utara, Ri Jong Chol (kanan) dibawa masuk kembali ke lokap dipercayai selepas disiasat sambil diiringi anggota polis berikutan kes kematian Kim Jong-Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara yang dipercayai mati dibunuh di KLIA2 pada 13 Februari lalu, di Ibu Pejabat Daerah Polis Sepang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 24 FEBRUARI 2017.

KUALA LUMPUR – Suspek kes pembunuhan Kim Jong-nam, Ri Jong-chol, akan diusir ke negara asalnya, Korea Utara esok.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, tidak terdapat bukti yang mencukupi untuk mendakwa suspek dan beliau akan dibebaskan.

“Dia akan dibebaskan esok,” katanya kepada AFP.

Pakar kimia warga Korea Utara itu ditahan pada 17 Februari lalu di sebuah kondominium di Jalan Kuchai Lama, di sini bagi membantu siasatan polis berhubung pembunuhan Jong-nam.

Tempoh reman selama dua minggu terhadapnya akan tamat esok.

Jong-chol dan keluarganya telah menetap di Malaysia selama tiga tahun.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast