KUALA LUMPUR – Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) sebuah yayasan tidak berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.
Perkara itu disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri berdasarkan rekod yang disemak oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).
Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah hari ini dalam satu kenyataan berkata, YAWAS merupakan syarikat di bawah seliaan Menteri Besar dan ditubuhkan pada 5 Februari 2009 di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor.
Bagaimanapun, katanya, YAWAS merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan SSM dengan nombor pendaftaran 845878-A di bawah Senarai Syarikat menurut Jaminan Tanpa Perkataan Berhad dan bukannya berdaftar di bawah ROS.
Ia bagi menjawab dakwaan Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang mahu ROS menyiasat status YAWAS yang didakwanya tidak pernah mengadakan sebarang mesyuarat-MalaysiaGazette