LOS ANGELES – Sebuah pesawat dari Las Vegas ke Hawaii dilencongkan ke Los Angles selepas tindakan seorang penumpang mempersoalkan harga sehelai selimut dilihat sebagai satu ancaman.

Hawaiian Airlines berada beberapa batu di luar pantai California selatan apabila seorang penumpang berusia 66 tahun meminta selimut.

Bagaimanapun, penumpang itu kecewa apabila dimaklumkan perlu membayar AS$12 untuk harga selimut tersebut, menurut polis Lapangan Terbang Los Angeles.

“Beliau kemudian bertanya nombor telefon ibu pejabat korporat syarikat penerbangan itu untuk membuat aduan.

“Menurut polis, dia kemudian berkata, mahu memukul seseorang,” katanya.

Walaupun tidak ada perbalahan fizikal, pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Los Angeles pada pukul 10.15, kata polis.

Penumpang itu telah dibawa ke dalam terminal ketika mendarat, tetapi tiada pendakwaan dijangka difailkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast