NEW YORK-  Harga minyak jatuh di bawah AS$50 di New York buat pertama kalinya sejak Disember berikutan kebimbangan terhadap pengurangan output oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) gagal untuk membendung simpanan minyak Amerika Syarikat (AS).

Ia menyebabkan kejatuhan harga terbesar dalam tempoh lebih setahun.

Dalam pada itu, pegawai kanan tenaga Arab Saudi memberitahu firma-firma minyak ternama AS dalam satu pertemuan tertutup minggu ini, mereka tidak meramalkan OPEC akan meneruskan pengurangan output untuk mengekang peningkatan pengeluaran daripada lapangan syel Amerika Syarikat, demikian menurut dua sumber industri kepada Reuters.

Harga minyak mula meningkat tidak menentu melebihi AS$50 setong sejak OPEC dan beberapa negara mula memotong bekalan selama enam bulan bermula 1 Januari lalu untuk mengurangkan kekacauan harga minyak global.

Sementara itu pengeluaran minyak syel AS melonjak melebihi jangkaan dan menunjukkan tanda-tanda pertumbuhan permintaan yang menyebabkan stok berkurangan, demikian menurut Goldman Sachs Group.

“Orang ramai bimbang mengenai keseimbangan bekalan dan permintaan.

“Syel kembali semula dengan harga AS$50 dan ketidakpastian sama ada OPEC dan rakan-rakannya akan meneruskan perjanjian tersebut,” kata seorang cendekiawan daripada Pusat Kajian Antarabangsa dan Strategik di Washington yang juga merupakan bekas ketua pentadbiran tenaga, Adam Sieminski.- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast