FRANKFURT – Hampir semua penerbangan di dua lapangan terbang di Berlin dibatalkan pada Jumaat berikutan tindakan mogok oleh kakitangan.

Mereka menuntut kenaikan gaji hingga 12 euro ($12.71) berbanding 11 euro bagi satu jam sekarang.

Lapangan Terbang Berlin, yang beroperasi di Tegel dan Schoenefeld berkata, 455 penerbangan dibatalkan di Tegel dan 204 di Schoenefeld pada 0615 GMT.

Mogok itu dijadualkan berlangsung selama 25 jam dari 0400 waktu tempatan (0300 GMT) pada hari Jumaat.

Penerbangan termasuk Air Berlin, Lufthansa, easyJet dan Ryanair beroeprasi di kedu-dua lapangan terbang.

Tindakan mogok itu diadakan menjelang Pameran Perdagangan Pelancongan terbesar yang berakhir di Berlin pada 12 Mac ini.

“Kami bersedia untuk mengadakan perbincangan pada bila-bila masa, sudah tentu juga pada hujung minggu, dan terbuka untuk tawaran baru,” kata Enrico Ruemker, pemimpin Kesatuan Sekerja Verdi.

Pengendali lapangan terbang itu menasihatkan penumpang untuk memeriksa status penerbangan mereka dengan syarikat penerbangan sebelum berangkat ke lapangan terbang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast