Takiyuddin Hassan

TANAH MERAH – Pas tidak pernah ada akaun Affin Bank dan bagaimana ada dakwaan mengatakan parti terima RM90 juta daripada UMNO dimasukkan ke dalam akaun di bank berkenaan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas hanya ada akaun Maybank dan Maybank Islamic.

“Kalau orang kata, pemimpin Pas dapat duit daripada UMNO  RM90 juta, dimasukan dalam Affin Bank, boleh jadi dana itu dapat masa dia dahulu,” katanya semasa berucap merasmikan Muktamar Tahunan Pas Kawasan Tanah Merah Kali Ke-56 di Kampung Manal hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab dakwaan Penasihat Parti Amanah Negara Kelantan, Datuk Husam Musa yang pernah mendakwa Pas menerima RM90 juta daripada UMNO melalui akaun Affin Bank.

Dalam pada itu, Takiyuddin juga mengesahkan pihaknya kini memulakan inisiatif menyaman individu yang menuduh Pas menerima RM90 juta daripada UMNO.

Saman itu dibuat pasukan peguam menerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Luham).

“Hendak saman, bukan perkara yang mudah, dia kena kaji dahulu kes dan banyak perkara lagi ia bukan semudah buat laporan polis,” katanya dipetik dari Harakahdaily.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast