NEW YORK – Pyongyang mendakwa agen saraf VX yang menyebabkan kematian Kim Jong-nam mungkin disebabkan oleh Amerika Syarikat dan Korea Selatan.
“Kami fikir Amerika Syarikat mengumpul stok senjata kimia yang banyak di Korea Selatan, kata, Timbalan Duta Pyongyang ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kim In Ryong, kepada pemberita.
Katanya, banyak kemungkinan bahawa bahan itu dari Korea Selatan kerana VX hanya dibuat oleh beberapa negara termasuk Amerika Syarikat.
Abang kepada pemimpin Korea Utara itu dibunuh selepas diserang dengan agen saraf VX di klia2 pada 13 Februari lalu.
In Ryong yang merujuk mangsa sebagai Kim Chol berkata, Pyongyang masih menyiaat kes itu.
Beliau yang merujuk kes itu adalah “produk bergerak melulu” Amerika Syarikat dan Korea Selatan bertujuan untuk memenuhi tujuan politik bagi memburukkan imej Korea Utara dan memburukkan sistem sosial di dalamnya.
In Ryong menegaskan bahawa Korea Utara akan “dipaksa untuk mengambil langkah-langkah yang kuat untuk mempertahankan diri” dalam menghadapi muslihat politik berterusan dari Amerika Syarikat dan Korea Selatan.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar untuk membuat rayuan pakar undang-undang forum antarabangsa bagi membincangkan alasan undang-undang untuk sekatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pada masa ini, Korea Utara dikenakan enam sekatan resolusi – termasuk dua pusingan sekatan daripada tahun lalu sebagai tindak balas ujian peluru berpandu oleh Pyongyang.
Pyongyang telah menegaskan program senjata nuklearnya adalah sebagai tindak balas kepada dasar bermusuhan dari Washington dan latihan bersama ketenteraan Amerika Syarikat-Korea Selatan yang sedang dilaksanakan.
“Selagi Amerika Syarikat dan sekutunya berterusan dengan ancaman nuklear mereka dan menjejaskan Korea Utara, selagi itu Korea Utara akan terus meningkatkan keupayaan pertahanan,” kata In Ryong. – MalaysiaGazette