BRUSSELS – Syarikat-syarikat dibenarkan melarang kakitangan Islam daripada memakai tudungĀ  dan simbol-simbol agama di bawah syarat-syarat tertentu.

Keputusan yang diputuskan oleh Mahkamah Tertinggi Kesatuan Eropah itu telah mencetuskan rasa tidak puas hati daripada kumpulan hak asasi dan para pemimpin agama.

Dalam ketetapan pertama mengenai isu politik di seluruh Eropah, Mahkamah Keadilan (ECJ) mendapati sebuah syarikat Belgium melaksanakan peraturan sekatan pekerja yang berurusan dengan pelanggan daripada memakai simbol-simbol agama dan politik.

Sekumpulan penyokong kempen wanita berkata, peraturan itu boleh mengakibatkan ramai wanita Islam hilang pekerjaan.

Malah, ada yang beranggapan keputusan mahkamah itu menambah peningkatan kejadian jenayah kebencian serta menghantar isyarat bahawa komuniti-komuniti yang berpegang kuat pada agama tidak dialu-alukan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast