Tova Kararo,

TEL AVIV – Seorang jururawat Israel meninggal dunia selepas dibakar hidup-hidup oleh seorang pesakit di Holon, di selatan bandar ini.

Tova Kararo, 56, telah disimbah cecair mudah terbakar dan dibakar selepas berlaku pertengkaran dengan pesakit yang tidak puas hati, seorang pegawai kanan polis.

Suspek, seorang lelaki dalam lingkungan 70an kemudian bertindak melarikan diri dengan kereta tetapi berjaya ditangkap.

Insiden itu menyebabkan para pekerja kesihatan Israel merancang mogok selama dua jam berikutan kebimbangan terhadap keganasan yang dihadapi mereka.

Media-media Israel melaporkan suspek adalah seorang salah mangsa yang pernah disenaraikan untuk pembunuhan beramai-ramai tetapi berjaya diselamatkan.

Dia didapati menghidap penyakit mental.

Seorang pegawai polis, Sigal Bar Tzvi berkata, lelaki itu mendapatkan rawatan di pusat kesihatan itu dan dipercayai tidak gembira dengan rawatan yang diterima.

“Selepas bertengkar, dia mencurahkan cecair mudah terbakar yang dibawa bersamanya sebelum jururawat itu merawat beliau. Mangsa terbakar.

“Usaha untuk menyelamat dan memulihkan mangsa gagal dan dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya yang dipetik oleh laman web berita Ynet. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast