SHAH ALAM – Kesediaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyertai Pakatan Harapan dilihat akan menjadi sebuah kesatuan politik yang padu, progresif serta ampuh yang boleh membela nasib dan menegakkan hak rakyat.
SinarHarian melaporkan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai berkata, penyertaan Bersatu ke dalam Pakatan Harapan tidak lama lagi akan memperkukuh kesatuan politik yang sedia ada.
Katanya, dalam pertemuan itu nanti, pimpinan utama Bersatu turut akan di undang untuk duduk bersama dan membincangkan strategi kesatuan politik yang akan menjayakan usaha menyelamatkan Malaysia dari rejim kleptokrasi yang ada sekarang.
“Kesatuan politik Pakatan Harapan ini dibina atas semangat perjuangan reformasi dan nilai-nilai demokrasi. Perjuangan reformasi demi menyelamatkan Malaysia adalah perjuangan Pakatan Harapan.
“Nilai-nilai demokrasi dan permuafakatan adalah nilai yang diangkat dan dipegang teguh oleh Pakatan Harapan,” ujarnya.
Tambahnya, dengan pelbagai pengalaman dilalui bersama di dalam perjalanan permuafakatan politik parti-parti pembangkang, banyak kejayaan telah diraih.-MalaysiaGazette