Samir Gupta (empat dari kiri) bersama pengurusan CIMB pada Program Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa bagi Perkhidmatan Kewangan Runcit 2017 oleh The Asian Banker.

KUALA LUMPUR – CIMB Bank Bhd dinobatkan dengan Anugerah Bank Runcit Terbaik di Malaysia dalam Program Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa bagi Perkhidmatan Kewangan Runcit 2017 oleh The Asian Banker.

CIMB Bantuan Maya Yang Dipertingkatkan (EVA), aplikasi perbankan ‘chatbot’ pertama di ASEAN, pula memenangi Produk Perbankan Internet Terbaik pada tahun ini .

Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Pengguna Kumpulan CIMB, Samir Gupta berkata, pihaknya berbesar hati dengan anugerah Bank Runcit Terbaik yang diterima.

“Anugerah ini mencerminkan Perbankan Pengguna CIMB yang berterusan menyampaikan pengalaman hebat kepada pelanggan, seiring dengan jangkaan pelanggan pada hari ini,” katanya.

Menurut beliau, CIMB kini memiliki rangkaian kukuh di ASEAN, memberi pengalaman perbankan yang lancar untuk lebih 12 juta pelanggan runcitnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast