Anggota Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengotakan janji untuk memberi royalti petroleum kepada Kelantan.
Nik Mohamad Abduh

KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Aziz membidas sikap Parti Amanah Negara (PAN) yang taksub mempertikaikan strategi Pas sedangkan parti itu tidak ada kena mengena dengan Pas.

“Belah sana (PAN) sering cakap nak kalahkan Pas di Kelantan. Akan bertanding di semua kawasan Pas tanding (pada pilihan raya). Bila belah sini (Pas) cakap nak tawan dan tambah 4 atau 5 negeri lagi dan bakinya BN kekal perintah, belah sana mula meroyan kata Pas kerjasama dengan UMNO.

“Aik, bila pulak belah sini kena perlu kerjasama dengan belah sana? Bila pulak belah sini kena kata bahawa baki negeri tu kita kena bagi kepada belah sana? Nak sangat, usahalah sendiri. Kan UMNO tu sekali jentik je lagi boleh tumbang?,” katanya hari ini.

Dalam entri Facebook terkini anak bekas Mursyidul Am Pas itu jelas menyentuh kepada pendirian PAN terhadap fitnah dah tohmahan yang dibuat terhadap parti pimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebelum itu, timbul desas-desus menyatakan UMNO akan menyerahkan beberapa negeri kepada Pas untuk ditadbir selepas PRU-14.

Sebelum ini, Abdul Hadi didakwa berkata negeri-negeri yang diserahkan itu adalah Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Terengganu dengan menegaskan kerjasama politik itu penting demi kekuatan Melayu dan Islam.

Bagaimanapun dakwaan itu kemudiannya dinafikan Abdul Hadi dengan menegaskan Pas bertanding pada pilihan raya akan datang adalah untuk mencapai kemenangan.

 

“Dah beriya sangat belah sana nak tawan Kelantan, apa pulak salahnya belah sini nak ambil Selangor? Belah kita tak apa. Belah orang tak boleh. Kartunlah,” kata Nik Abduh.

Bagaimanapun ada juga mendakwa kelantangan Nik Abduh mengkritik PAN sebagai cubaannya mengurangkan kekecohan mereka yang mempertikaikan kekalahan teruknya sebagai Timbalan Yang Dipertua Pas Pengkalan Chepa baru-baru ini.-MalaysiaGazette