Badlisyah Abdul Ghani. foto The Straits Times

KUALA LUMPUR – Datuk Badlisyah Abdul Ghani dipercayai bakal diumumkan sebagai Pengarah Urusan Bank Islam Berhad yang baharu.

Beliau bakal menggantikan Datuk Seri Zukri Samat yang mahu menamatkan kontraknya pada pertengahan bulan ini.

Bagaimanapun, difahamkan Zukri yang telah berkhidmat selama 11 tahun di bank itu sudah pun mula bercuti.

Pengumuman itu dijangka dibuat dalam tempoh terdekat ini.

Badlisyah, bekas peneraju CIMB Islamic dikatakan menjadi calon sesuai bagi menggantikan Zukri berdasarkan pengalamannya dalam industri perbankan Islam.

Beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di CIMB Islamic sejak tahun 2006 sehingga 2015.

Spekulasi pelantikan Badlisyah itu semakin kuat kerana kontraknya bersama Lembaga Tabung Haji dikatakan selama setahun sahaja.

Badlisyah dilantik sebagai ‘orang kedua’ Lembaga Tabung Haji pada Julai tahun lalu. – MalaysiaGazette