Datuk Seri Nazri Aziz bercakap kepada media ketika keluar dari Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2017.

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tetap akan hadir ke majlis perdebatan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed walaupun program itu tidak mendapat kebenaran daripada pihak polis.

Mohamed Nazri yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan memberi jaminan bahawa debat itu akan berlangsung secara aman seperti yang telah dijadualkan pada Sabtu ini di Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Kangsar, Perak.

“Saya akan pastikan wacana itu berjalan dengan baik,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Polis Perak dalam kenyataan hari ini menolak permohonan permit perdebatan itu kerana penganjur lewat menghantar permohonan.

Lokasi penganjuran debat itu juga tidak mendapat kebenaran dan polis turut menerima bantahan daripada orang awam dan penduduk di sekitar kawasan tersebut yang bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga mereka.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast