Najib Razak

KUALA LUMPUR – Pembangunan Zon Perdagangan Bebas Digital yang bakal dilancarkan pada hari ini adalah pertama seumpamanya di dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, zon itu akan memberi manfaat kepada para usahawan dengan menawarkan persekitaran kondusif bagi syarikat-syarikat digital untuk menjalankan perniagaan mereka.

Menurut beliau, inisiatif itu adalah sebahagian daripada Hala Tuju Strategk E-perdagangan Nasional yang menyasarkan pertumbuhan dua kali ganda perdagangan elektrionik kepada 20.8 peratus pada tahun 2020 berbanding 10.8 peratus sekarang.

“Saya mengumumkan inisiatif ini pada bajet lalu yang mana pada akhir tahun depan, kita mahu kos tetap jalur lebar dikurangkan separuh dan kelajuan Internet ditingkatkan dua kali ganda,” katanya ketika berucap dalam Forum Transformasi Global di sini.

Najib berkata, pelancaran zon itu akan dibuat bersama pengasas Alibaba, Jack Ma.

Pada masa ini ASEAN menyumbang kurang daripada satu peratus dalam volum e-perdagangan global.

Untuk bersaing dengan Amerika Syarikat, Eropah dan China serta mengembangkan sektor penting ekonomi, negara perlu mengikuti trend ini,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast