KUALA LUMPUR – Tiada unsur Lesbian, Gay, Biseksual dan “Transgender Queer” (LGBTQ) justeru diberikan keputusan Lulus Bersih (LB) dengan klasifikasi P13 oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan berkata, tindakan syarikat untuk menangguhkan penjualan tiket tiada kaitan dengan LPF.

Keputusan kelulusan tersebut sudah disampaikan kepada pengedar pada hari ini.

Ini kerana tidak timbul isu kelewatan keputusan penapisan bagi filem tersebut.

“Filem berkenaan memaparkan jalan cerita lima rakan yang memperoleh kuasa luar biasa dan bergabung tenaga untuk mempertahankan bumi dengan kuasa luar biasa.

“LPF sudah melaksanakan penapisan filem berkenaan dalam tempoh empat hari bekerja dan ia memenuhi tempoh piagam pelanggan yang ditetapkan iaitu lima hari bekerja” katanya.

Filem Power Rangers sepatutnya ditayangkan di Malaysia esok, namun dikatakan ditangguh sementara untuk pertimbangan LPF selepas dikatakan mempunyai unsur lesbian. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast