Tan Sri Rafidah Aziz

PETALING JAYA – Itu kata Tan Sri Rafidah Aziz yang dikenali sebagai bekas menteri sehingga digelar sebagai Iron Lady semasa dalam kabinet selama lebih 21 tahun.

Menurutnya, golongan wanita boleh mencapai lebih banyak kejayaan jika mereka belajar bagaimana untuk tidak mencari alasan.

“Wanita sentiasa ada banyak ‘tapi’…tapi saya tak boleh buat ini atau saya kaum yang lemah bla bla bla.

“Apakah ‘tapi’ ini? Buang semua sikap suka ‘cari alasan’ ini barulah anda akan mempunyai keyakinan diri. Jangan tunggu peluang datang sesuai dengan cara anda. Jangan tunggu untuk disuap,” katanya ketika berucap pada Forum Women do Wonders (WOW) di sini hari ini.

Tegas Rafidah, wanita perlu menjadi golongan yang boleh berhujah dengan lelaki dalam banyak perkara dan tidak sekali-kali menyerah kalah hanya semata-mata membuat perbezaan jantina.

“Dan berhenti bercakap tentang kuota. Mengapa lembaga pengarah penuh dengan 30 peratus wanita jika mereka semua takut dengan lelaki?

“Lebih baik ada seorang wanita yang boleh berhujah dengan dengan ramai lelaki. Itulah apa yang kita mahu,” kata Pengerusi AirAsia X Berhad itu.

Forum yang dihadiri Rafidah di Universiti SEGi Kota Damansara itu adalah kemuncak kepada kempen wanita yang berjalan selama hampir sebulan anjuran Star Media Group dengan kerjasama AirAsia Bhd. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast