Isco. Foto: the Sun

LONDON – Bintang Real Madrid, Isco kini berada dalam radar Chelsea menjelang jendela perpindahan pemain pada akhir musim ini.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dikatakan bersedia menawarkan gaji £160,000 (RM882,768) seminggu kepada pemain antarabangsa Sepanyol itu.

Laporan di Sepanyol mendakwa the Blues secara rasmi memasuki perlumbaan memburu Isco dan bersedia membayar gaji yang dituntut pemain tersebut.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte merancang untuk mengecewakan pesaing terdekatnya, Tottenham Hotspurs, untuk mendapatkan pemain yang disasarkan sekian lama.

Barcelona dan Manchester United juga dikatakan berminat mendapatkan khidmat pemain itu.

Walaupun Isco bukan lagi menjadi pilihan kesebelasan utama Pengurus Real, Zinedine Zidane musim ini, pemain itu dikatakan masih diperlukan oleh Presiden kelab tersebut, Florentino Perez di Bernabeu.

Berikutan pemantauan kelab elit Eropah terhadap pemain itu, Isco sedar dia mempunyai status dan mahukan tawaran kontrak baharu £8.5 juta (RM46.9 juta) setahun untuk kekal di Real.

Permintaan gaji yang agak tinggi itu meletakkan Perez dalam keadaan sukar untuk mempertimbangkannya.

Tuntutan Isco bakal menyaksikan dia akan menerima gaji melebihi Toni Kroos, Luka Modric dan Karim Benzema.

Jika Real gagal mempertimbangkan tuntutan Isco, pemain itu berpotensi meninggalkan kelab tersebut dengan percuma kerana kontraknya tamat pada 30 Jun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast