MADRID – Pemain datang dan pergi setelah meninggalkan kenangan dan rekod di setiap kelab yangmereka sertai.

Namun berapa ramai antara mereka yang menoleh ke belakang melihat selok belok kehidupan yang dilalui bersama bekas kelab mereka.

Cristiano Ronaldo antara bintang berkelas dunia yang membuktikan dirinya bukannya seorang pemain yang angkuh dan lupa daratan tetapi hanya seorang manusia biasa.

Bintang bola sepak dunia itu memberi penghormatan kepada Manchester United yang disertai pada tahun 2003 kerana mengajarnya ‘seni bola sepak’ di Old Trafford.

Bekas itu juga menghargai bekas Pengurus United, Alex Ferguson yang memberi kejutan kepadanya semasa tiba di England.

Penyerang Real Madrid itu menyertai United daripada Sporting Lisbon pada usia 18 tahun pada 2003.

Cristiano Ronaldo telah dibawa masuk dari Sporting Lisbon ke Old Trafford oleh Sir Alex Ferguson pada tahun 2003 menjadi permulaan karier untuk Ronaldo dalam dunia realiti bola sepak berkelas dunia. Foto: Skysports
Cristiano Ronaldo telah dibawa masuk dari Sporting Lisbon ke Old Trafford oleh Sir Alex Ferguson pada tahun 2003 menjadi permulaan karier untuknya dalam dunia realiti bola sepak berkelas dunia. Foto: Skysports

Ronaldo memberi impak berkelas dunia yang diharapkan oleh Ferguson apabila membantu kelab menjuarai Piala FA, Piala Liga Perdana Inggeris (EPL) selama tiga musim berturut-turut dan menjulang Liga Juara-Juara Eropah musim 2008.

Memori terindah Cristiano Ronaldo semasa menjulang Liga Juara-Juara Eropah bersama Manchester United pada tahun 2008 segar dalam memorinya. Foto: daily Mail
Memori terindah Cristiano Ronaldo semasa menjulang Liga Juara-Juara Eropah bersama Manchester United pada tahun 2008 segar dalam memorinya. Foto: daily Mail

Ronaldo telah menempatkan dirinya dalam kalangan pemain bola elit sepak sejak berhijrah ke Bernabeu.

Selain itu, bintang antarabangsa Portugal itu menambah koleksi trofi peribadinya dengan memenangi anugerah Ballon d’Or sebanyak empat kali.

Ronaldo juga muncul sebagai penjaring sepanjang masa di Real.

Walaupun mencatat pelbagai kejayaan dalam karier bola sepaknya, Ronaldo masih membuktikan dia juga merupakan manusia biasa bersikap rendah diri.

“Alex Ferguson merupakan bapa kepada saya dalam bidang bolasepak.

“Saya telah mempelajari banyak perkara daripadanya (Ferguson), bukan sahaja daripada jurulatih tetapi juga pemain lain di Old Trafford,” katanya.

Ronaldo juga mengakui dia bukan sahaja memperbaiki skil bola, tetapi juga penjagaan badan dan stamina.

“Sepanjang lima tahun di sana (Man United), saya telah mempelajari seni bola sepak, ia bagai mimpi yang masih segar dalam memori saya,” ujarnya lagi.

Ronaldo telah menyarung jersi nombor 28 bersama kelab di Portugal tetapi menyifatkan kejutan Ferguson yang meminta memakai jersi istimewa nombor 7 yang dipakai legenda seperti David Beckham, Eric Cantona dan George Best.

“Saya masih lagi ingat apabila meninggalkan Lisbon dan berpindah ke England. Alex Ferguson berkata: “Dengar di sini, saya mahu kamu memakai jersi no.7”.

“Saya terkejut dengan kata-katanya kerana saya tahu pemain yang pernah menyarung jersi istimewa itu, tetapi saya menerima cabaran Ferguson.

“Ia saat paling indah yang pernah saya lalui sepanjang karier bola sepak saya selama ini,” katanya.