Muhammad Ibrahim dan Veerathai Santiprabhob bertukar dokumen selepas menandatangani MoU i Penyeliaan Perbankan dan Kerjasama Pembangunan Kewangan di Pulau Cebu, Filipina.

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia dan Bank of Thailand menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Penyeliaan Perbankan dan Kerjasama Pembangunan Kewangan.

Bank Pusat dalam kenyataan berkata, MoU itu menjadi asas yang kukuh untuk keberkesanan penyeliaan terhadap institusi perbankan yang beroperasi di kedua-dua negara.

Persetujuan itu juga sebagai asas penyelarasan lebih rapi dalam bidang yang berperanan penting untuk memastikan pembangunan kewangan yang berterusan.

MoU itu ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Muhammad Ibrahim dan Veerathai Santiprabhob Gabenor Bank of Thailand.

Bagi menyokong integrasi serantau yang lebih kukuh dan hubungan perdagangan dan pelaburan yang semakin meluas, aktiviti perbankan merentas sempadan semakin memainkan peranan yang penting dalam sistem kewangan, katanya.

Tambahnya, menyedari perkembangan kewangan yang penting, MoU ini mencerminkan peningkatan kerjasama antara kedua-dua pihak berkuasa untuk memastikan kestabilan kewangan dan pembangunan kewangan yang berterusan.

MoU ini juga memberikan asas yang kukuh untuk pembangunan selanjutnya dalam sistem penyeliaan yang berkesan selaras dengan prinsip yang digariskan dalam Prinsip Teras Basel untuk Penyeliaan Perbankan Berkesan.

Ia menggariskan pelbagai bidang penyeliaan dan kerjasama pembangunan, termasuk penyeliaan merentas sempadan dan di premis, penyeliaan amalan pasaran, perlindungan pengguna, rangkuman kewangan, celik kewangan dan juga pencegahan kegiatan jenayah kewangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast