Perbuatan pelajar perempuan tingkatan satu melakukan seks oral ke atas pelajar lelaki tingkatan dua itu telah dibongkar oleh guru yang kebetulan berlalu di makmal sains.-Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tidak rela dirinya dicabul, seorang lelaki membuat laporan polis setelah mendakwa doktor yang merawatnya meminta untuk melakukan seks oral.

Kejadian berlaku pada Isnin lalu ketika lelaki berusia 24 tahun itu menerima rawatan akibat cirit-birit di sebuah hospital swasta di Melaka, lapor sebuah laman portal.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Sukan dan Anti Dadah Negeri, Datuk Ng Choon Koon berkata, lelaki itu mendakwa telah diminta oleh doktor terbabit supaya menanggalkan pakaiannya dari pinggang ke bawah.

Katanya, doktor itu kemudian memegang alat sulit lelaki itu sambil bertanya sama ada mempunyai sebarang masalah ketika membuang air kecil.

“Insiden itu didakwa berlaku di sebuah hospital swasta dan saya meminta Jabatan Kesihatan negeri untuk mendapatkan laporan daripada hospital terbabit.

“Kita perlu berlaku adil kepada doktor itu dan mendapatkan versi penuh mengenai apa yang sebenarnya berlaku semasa sesi rawatan itu,” katanya yang turut menyatakan doktor itu turut mengeluarkan perkataan tidak senonoh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast