Gambar Hiasan. foto MalaysiaGazette

SINGAPURA – Meskipun cuaca dijangka kering pada Julai ini, Gabenor Sumatra Selatan Alex Noerdin berjanji tidak akan berlaku jerebu dari wilayah itu pada tahun ini dan beberapa tahun akan datang.

“Saya memberi jaminan tidak ada api … tiada jerebu dari wilayah Sumatra Selatan tahun ini dan tahun depan dan tahun-tahun akan datang,” katanya dalam Dialog Kemampanan Sumber Dunia.

Ketua Agensi Pemulihan Tanah Gambut Indonesia, Nazir Foead turut membuat jaminan sama semasa dialog pada tahun lalu berkata, terdapat ‘sifar peluang’ rantau ini akan mengalami masalah jerebu seperti tahun lalu dan tahun-tahun sebelumnya.

Kebakaran di hutan di wilayah itu, juga Riau, Jambi dan Kalimantan telah mencetuskan satu krisis jerebu paling teruk di rantau ini pada tahun 2015.

Di Sumatra Selatan sendiri, hutan dan tanah gambut seluas 700,000 hektar musnah akibat kebakaran, kata Gabenor itu.

Pihak berkuasa Indonesia telah mengambil langkah-langkah yang lebih ketat untuk mengelakkan berulangnya jerebu yang teruk seperti dua tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast