Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, akta baharu mampu mengekang pemberi kredit daripada melakukan penipuan terhadap pengguna.
“Kita nak pastikan lepas ini sesiapa saja yang memberikan kredit-kredit tersebut, mesti mengikut peraturan-peraturan tertentu.
“Saya tidak mahu lihat cerita-cerita ah long, cerita bukan-bukan dalam media hari ini sehingga merosakkan industri kredit dalam negara kita,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Buku Kod Etika dan Tatakelakuan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Bukit Damansara, di sini, hari ini.
Beliau berkata, akta baharu itu juga untuk menyeragamkan kemudahan kredit di negara ini dan pada masa ini drafnya sedang dibuat dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM).
“Kita nak pastikan segala lesen yang diberikan contohnya melalui jualan kredit diseragamkan di negara kita.
“Saya sedang bekerjasama dengan Bank Negara dan banyak lagi agensi kerajaan lain,” jelasnya.
Selain kadar keuntungan, Hamzah berkata, pengguna juga akan dilindungi daripada segi tempoh bayaran balik dengan mereka dimaklumkan lebih awal.
“Kita nak memastikan sesiapa yang mengambil kredit melalui jualan kredit ini, contoh dia tahu dari awal tahu berapa bulan terpaksa dia menempuh berapa lama tempoh pembayaran itu.
“Pengguna tahu dan boleh buat perkiraannya dan ia sesuatu yang tidak boleh melebihi sesuatu keuntungan yang akan saya tetapkan nanti,” katanya. – MalaysiaGazette
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast