KUALA LUMPUR – Konflik rumah tangga Adi Putra berterusan apabila pelakon itu memuat naik di laman instagram menunjukkan kiriman mesej oleh isteri keduanya, Norshahida Dzolkifly.

Menerusi mesej itu, Norshahida mengucapkan terima kasih kepada Adi kerana menunjukkan perangainya yang sebenar.

Dia juga berkata bahawa selalu mendoakan supaya Adi berubah namun baginya Adi tidak akan pernah berubah.

Shahida juga berkata, dia tidak pernah terhutang budi pada Adi malah dia menyatakan Adi yang terhutang budi padanya.

“I was in love with you.. now is only hatred.” Inilah kata-kata terakhir untuk Adi di dalam mesej tersebut.

Manakala di kapsyen Adi pula, Adi berkata:

“Ramai tertanya ttg hutang apa, mayb can list down the hutang @marmobilespa #alhaq”

Sebelum ini, kes sebutan kali kedua permohonan penceraian isteri pertama pelakon kelahiran Singapura terus menjadi tanya apabila pelakon itu tidak hadir lagi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 7 April lalu.

Kes tersebut sebelum ini ditangguhkan pada hari ini selepas Adi tidak muncul pada 31 Mac lalu.

Pada 23 Mac lalu, aktor kelahiran Singapura itu tampil mengesahkan dia sudah pun berpisah dengan kedua-dua isterinya, Aida dan Norshahida Dzolkifly.

Adi, 36, mengumumkan perkara itu menerusi laman sosial Instagramnya.

Hasrat untuk berpisah dengan Aida bukan kali pertama dilakukan kerana pada Mei 2012, pelakon terbabit pernah berbuat perkara sama.

Adi dan Aida berkahwin pada 14 April 2006. Mereka tidak dikurniakan zuriat selepas kira-kira sedekad mendirikan rumah tangga.

Pada 20 Jun tahun lalu, Adi berkahwin pula dengan Shahida apabila gambar majlis pernikahan mereka tersebar di laman sosial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast