KUALA LUMPUR – Kumpulan Pemboleh Teknologi Kewangan (FTEG) yang diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia meminta orang awam memberi cadangan mengenai penambahbaikan kepada sektor perkhidmatan kewangan dengan memanfaatkan inovasi dan teknologi.

Peryertaan sebarang cadangan dan idea kini dibuka melalui “Inisiatif FINTECHHacks” yang bertujuan untuk mengenal pasti titik dalam penyampaian dan penggunaan perkhidmatan kewangan dan mendapatkan idea menggunakan permohonan teknologi untuk menangani jurang.

Penyertaan orang ramai merupakan usaha Bank Negara Malaysia untuk melibatkan semua pihak menyumbang idea dan pengalaman mereka dalam merangsang dan memberi inspirasi kepada pembangunan penyelesaian FinTech.

Penyelesaian FinTech, katanya, yang mempunyai potensi untuk revolusi cara perkhidmatan kewangan disampaikan kepada pengguna di Malaysia.

Penyertaan dibuka sehingga 31 Mei dan sebarang cadangan boleh dikemukakan melalui laman sesawang FTEG di www.fteg.com, Facebook, Instagram dan Twitter – #fintechhacks. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast