Dzulkifli Ahmad

ISKANDAR PUTERI – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti beberapa kelemahan dalam sistem dan prosedur perumahan Bumiputera Johor, yang dipercayai sehingga berlakunya gejala rasuah dan salah guna kuasa, baru-baru ini.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, justeru itu, satu kertas cadangan penambahbaikan akan dikemukakan kepada kerajaan negeri minggu depan.

“Sekarang ini, kita di peringkat akhir untuk kemukakan cadangan-cadangan penambahbaikan kepada kerajaan negeri bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil untuk memastikan sistem, prosedur dan kelemahan-kelemahan itu dapat diatasi agar ia tidak berulang pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (BP) Peringkat Negeri Johor yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama sembilan exco kerajaan negeri di Pejabat Menteri Besar di sini, hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast