Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mendengar penerangan dari Ketua Pegawai Eksekutif ZWIPE, Kim Kristian Humborstad (kiri) mengenai teknologi terbaru pengesahan biomatrik pada kad pintar di Kuala Lumpur.Turut serta Penasihat Teknologi IRIS, Chas Yap (dua kanan). foto IQBAL BASRI, 21 APRIL 2017.

KUALA LUMPUR – IRIS Corporation Bhd. (IRIS) akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat biometrik Norway, Zwipe bagi meneroka peluang di dalam bidang aplikasi kad pintar biometrik di negara ini.

Pengasas Bersama dan Penasihat Teknikal IRIS, Chas Yap berkata, kedua-dua syarikat berkenaan mahu bekerjasama untuk memperkenalkan teknologi berkenaan.

“IRIS mempunyai kepakaran di dalam pengenalan diri (ID) dan kemudahan-kemudahan kami dipercayai.

“Manakala Zwipe pula adalah sebuah syarikat pembayaran tulen jadi kami merancang untuk menggabungkan kewangan dan ID bersama-sama,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Tambah Chas, terdapat persamaan di antara mengeluarkan kad biometrik dan mengeluarkan komponen kad pengenalan dan pasport yang mana IRIS memang merupakan kepakaran IRIS.

Namun begitu, IRIS katanya, masih memerlukan pelaburan tambahan untuk meningkatkan keupayaan pengilangannya dengan membeli peralatan dan teknologi yang lebih terkini.

Melalui teknologi terkini itu, Chas berkata, ia boleh digunakan pada kad-kad debit dan kredit di mana para pengguna tidak lagi perlu mengingat nombor PIN masing-masing sebaliknya hanya menggunakan cap jari sebagai pengesahan.

Ini dapat mengurangkan pemalsuan kad kredit dan debit selain memudahkan pengguna.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast