Kuala Lumpur- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat 0.31 peratus kepada AS$95.7 bilion (RM423.2 bilion) setakat 14 April 2017 berbanding AS$95.4 bilion (RM422.2 bilion) pada 31 Mac lalu.

Dalam kenyataanya bank pusat itu berkata, kedudukan rizab mencukupi untuk membiayai import selama 8.2 bulan dan 1.1 kali ganda hutang luar jangka pendek.

Tambahnya, setakat 14 April keseluruhan aset adalah RM451.8 juta manakala matawang dalam pusingan jatuh 0.7 peratus kepada RM98.74 bilion berbanding RM99.45 bilion pada 31 Mac.-MalaysiaGazette