LONDON – Peneraju Liga Perdana Inggeris, Chelsea layak ke final Piala FA selepas mencatatkan kemenangan dramatik 4-2 ke atas Tottenham Hotspur, awal pagi tadi.
Chelsea mara ke final Piala FA buat kali pertama sejak kali terakhir memenanginya pada 2012.
Pada perlawanan di Stadium Wembley itu, Willian membuka tirai jaringan Chelsea seawal minit kelima sebelum Kane menyamakan kedudukan pada minit ke-18.
Willian sekali lagi menjaringkan gol menerusi sepakan penalti ketika perlawanan berbaki dua minit di babak pertama.
Delle Alli kembali menyamakan kedudukan untuk Spurs apabila menjaringkan gol pada minit ke-52 namun Hazard yang baru dibawa masuk menggantikan Willian meledak gol ketiga Chelsea hasil sepakan bola rendah pada minit ke-76.
Jaringan Matic pada minit ke-80 adalah kemuncak perlawanan itu yang menutup peluang Spurs yang kini mengejar Chelsea pada kedudukan kedua liga.
Dalam pada itu, jurulatih Antonio Conte melakukan kejutan apabila menggunakan taktikal dengan meletakkan Eden Hazard dan Diego Costa di bangku simpanan pada awal perlawanan.
Strategi itu dilihat sebagai memberi fokus terhadap aksi penting bertemu Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Rabu ini.
Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, Manchester City akan bertemu Arsenal malam ini. – MalaysiaGazette.