LONDON –  Tottenham Hotspurs kini sedang menyiapkan stadium baharu mereka yang hanya bersebelahan dengan stadium sekarang.

Stadium di White Hart Lane itu bakal menampung penonton seramai 61,000 orang.

Stadium baharu itu menelan belanja sebanyak £800 juta (RM 4.4 Billion).

Stadium pasukan Spurs sekarang telah digunakan sejak tahun 1899

Musim depan, kebanyakan perlawanan Spurs akan diadakan di Stadium Wembley sementara menunggu stadium itu siap.

Kelab London itu kini dalam perebutan liga dengan Chelsea apabila ketinggalan hanya empat mata sahaja. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast