KUALA LUMPUR – Kerja pembaikan paip pecah di belakang Bangunan ELC International School, Jalan Sierramas Barat, Sungai Buloh telah siap pada jam 7.45 malam tadi.
Bekalan air di kawasan Kuala Lumpur, Petaling, Klang dan Shah Alam sedang pulih secara berperingkat, kata Kumpulan Pengurusan Air Selangor.
Pemulihan bekalan air ke premis yang terletak di kawasan tinggi dan hujung sistem agihan akan mengambil sedikit masa. – MalaysiaGazette