ALOR SETAR – Naib Presiden PKR, Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin hadir pada majlis perasmian Muktamar Pas ke-58 hari ini.
Kehadiran beliau diumumkan oleh Pengerusi Tetap, Tuan Haji Hussin Ismail.
Semalam, dua sayap utama Pas, Dewan Ulama dan Dewan Pemuda parti itu meluluskan usul untuk memtuskan tahaluf siyasi dengan parti Shaharuddin, PKR.
Turut hadir pada majlis perasmian tersebut, Presiden Parti Cinta Negara, Datuk Huan Cheng Guan, Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa tetamu kehormat lain – MalaysiaGazette