Home Ekonomi Perodua buka ruang pameran di Kota Samarahan

Perodua buka ruang pameran di Kota Samarahan

KUALA LUMPUR – Perodua menjual sejumlah 50,300 buah kenderaan pada suku pertama tahun ini, yang mana 5.0 peratus dari Malaysia Timur.

Sehubungan itu, Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Datuk Dr. Zahari Husin berkata, syarikat automotif tersebut akan meningkatkan jumlah itu dengan menambah baik jualan semasa.

Selain itu Perodua membuka cawangan jualan ke-199 di Kota Samarahan melalui kerjasama bersama MD Worlds Sdn Bhd.

“Malaysia Timur adalah pasaran penting kami memandangkan banyak potensi belum diterokai di sini,” katanya.

Tambah beliau, MD Worlds dilantik sebagai wakil Perodua kerana pengalamannya dalam industri automotif dan pengetahuannya dalam pasaran di negeri itu.

Cawangan itu dijangka menawarkan perkhidmatan penuh 3S (jualan, perkhidmatan dan alat ganti) menjelang akhir tahun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast